Assalamualaikum..
Arnab Kerdil (Brachylagus idahoensis) ialah sejenis arnab Amerika Utara, dan satu daripada dua spesies arnab di Amerika yang menggali lubang. Arnab Kerdil merupakan satu-satunya ahli genus Brachylagus.
Walaupun disenaraikan sebagai spesies terancam di Lembangan Columbia di rantau Barat Laut Pasifik di Amerika Syarikat, namun IUCN menyenaraikan spesies ini sebagai berisiko rendah, kerana populasi Lembangan Columbia Basin merupakan populasi relik terpencil yang berbeza dari segi genetik dan semakin menuju ke arah evolusi menjadi subspesies berbeza, sedangkan IUCN hanya mengambil kira setiap spesies pada keseluruhannya.
Arnab Kerdil merupakan arnab yang paling kecil di dunia.[2][3][4][5]
Untuk yang dewasa, min beratnya adalah 375 hingga sekitar 500 gram
(kira-kira 13 auns hingga 1 paun), dan panjang tubuhnya 23.5 hingga 29.5
sentimeter (9¼ hingga 11½ inci); yang betina lebih besar sikit daripada
yang jantan. Arnab kerdil mudah dibezakan dengan arnab lain kerana
saiznya yang kecil, telinganya yang pendek, warna kelabu, kaki belakang
yang kecil, dan tiadanya bulu putih pada ekor...
~ Arnab Paya atau nama Inggerisnya "Swamp rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus aquaticus
Baka Arnab Yg Jarang Diketahui
Hasil bantuan Wikipedia disenaraikan beberapa baka untuk pengetahuan umum.
Arnab Gunung Berapi
Arnab Gunung Berapi, juga dikenali sebagai teporingo atau zacatuche
(Romerolagus diazi) ialah sejenis arnab kecil yang hidup di pergunungan
Mexico. Ia merupakan spesies arnab kedua terkecil di dunia, mengekori
Arnab Dwaft. Arnab ini mempunyai telinga kecil yang kebulatan, kaki yang
pendek, dan bulu yang pendek dan nipis. Arnab Gunung Berapi tinggal
secara berkelompok dua hingga lima ekor dalam sarang bawah tanah.
Berbeza dengan kebanyakan spesis arnab, Arnab Gunung Berapi tidak
berdebap-debap atas tanah, sebaliknya mengeluarkan bunyi yang nyaring
untuk memberikan amaran bahaya kepada arnab yang lain. Ia merupakan
haiwan nokturnal yang cukup aktif mulai waktu senja hingga subuh. Berat
Arnab Gunung Berapi sekitar 390–600 gram (14–21 oz). Pada tahun 1969,
terdapat 1000 hingga 1200 ekor yang hidup secara liar.

Arnab Bushman (Bunolagus monticularis) atau arnab sungai
(Riverine Rabbit) merupakan salah satu spesies mamalia yang paling
jarang dan paling terancam di dunia, dengan jumlahnya mungkin tidak
lebih 200 ekor sahaja. Arnab ini sangat terhad kawasan taburannya,
kerana ia hanya ditemui di kawasan tengah dan selatan Gurun Karoo di
Wilayah Tanjung, Afrika Selatan. Ia merupakan satu-satunya ahli genus Bunolagus.
Arnab Bushman biasanya ada
sebatang jalur hitam yang menganjur dari sudut mulut merentangi pipi.
Ekornya berbulu lebat dan berwarna perang muda (dengan sedikit hitam
pada hujungnya), perut dan lehernya berwarna krim, dan kaki belakangnya
lebar bagai belantan. Ia merupakan spesies yang berjaga pada waktu
malam. Arnab sungai menjamu selera dengan makanan kegemarannya, iaitu
pokok rimbun boegoe pada waktu malam, dan tidur dalam sarang pada waktu
siang. Sarang arnab ini merupakan geseran cetek pada tanih di bawah
pokok rimbun. Arnab ini mengumuhkan dua jenis tahi. Pada waktu malam,
apabila arnab menjadi aktif, ia mengeluarkan bijian keras. Pada waktu
siang, tahinya menjadi lembut, diambil terus dari dubur lalu ditelan.
Beginilah arnab Bushman memperoleh vitamin B yang dihasilkan oleh
bakteria dalam usus belakang, serta zat-zat galian seperti kalsium dan
fosforus jadi dikitar semula.
No comments:
Post a Comment