Rusa..oh ..rusa
23 February 2012
TAKDIR SEORANG LELAKI
INILAH SEBUAH CERITA YANG
MENYAKSIKAN SEORANG LELAKI BIASA YANG INGIN MENGUBAH TAKDIR
KEHIDUPANNYA.. SUATU TAKDIR YANG HARUS DIUBAH..
DARI SEORANG LELAKI BIASA KEPADA LELAKI YANG INGIN BERJAYA MELALUI PENTERNAKAN RUSA...
INILAH PERJALANAN DAN LIKU-LIKU YANG HARUS DILALUI...
DARI SEORANG LELAKI BIASA KEPADA LELAKI YANG INGIN BERJAYA MELALUI PENTERNAKAN RUSA...
INILAH PERJALANAN DAN LIKU-LIKU YANG HARUS DILALUI...
INFO TERKINI MENGENAI SAYA
Dalam usia yang masih muda (25 tahun)
pada tahun 2012 ini, saya telah memulakan kerjaya penternakan rusa di
tanah milik keluarga.
Lokasi
penternakan yang dimaksudkan adalah terletak di Kg. Penat, jln.
Mukah-Oya, Dalat Sarawak. Untuk maklumat tambahan, saya merupakan orang
pertama di kawasan saya yang menceburi bidang ternakan rusa ini.
Saya
telah berusaha menghidupkan kerjaya saya dalam bidang ini semenjak dari
tahun 2008. Namun, sebelum berjaya membuka langkah pertama, banyak
dugaan telah datang menguji. Antara dugaan yang paling sukar untuk
dilalui ialah apabila saya menghadapi masalah kewangan untuk mengejar
impian sebagai penternak rusa.
Namun
demikian, setelah hampir 4 tahun bertarung dalam melalui pelbagai
dugaan tersebut, akhirnya saya hampir berjaya untuk memulakan langkah
pertama saya dalam bidang ini. Namun, perjalanan masih jauh dan sukar
untuk menjangka apa akan berlaku pada masa hadapan. Tetapi walau apa pun
berlaku, saya percaya saya mampu bertahan kerana pengalaman pada
kegagalan sepanjang hampir 4 tahun itu cukup untuk mengajar saya.
Untuk maklumat tambahan umum, penternakan rusa di negeri sarawak ada sedikit berbeza berbanding di semenanjung Malaysia.
Jika
di semenanjung, penternakan rusa timorensis tidak memerlukan lesen
kecuali sambar, namun di Sarawak kedua-duanya harus memiliki lesen dan
lesen berkenaan juga harus diperolehi dari Jabatan Perhutanan Sarawak.
Keadaan
ini sebenarnya turut menyulitkan keadaan saya kerana semasa memohon,
pihak Jabatan Perhutanan Sarawak meminta saya menyediakan kertas kerja
mengenai penternakan rusa. Dalam keadaan yang tidak pernah membuat
kertas kerja, jadi keadaan menjadi lebih sukar. Namun saya tetap mencuba
juga sehinggalah saya berjaya memperolehi kelulusan (lesen) tersebut
pada awal tahun 2012 ini.
Dan kini, bermulalah langkah pertama saya...
09 April 2009
PENGUMUMAN PENTING
Buat pengikut blog ini, saya selaku
pengendali ingin memohon seribu kemaafan kerana tidak update isi
kandungan dan menjawab segala pertanyaan pelbagai pihak selama ini
terhadap saya.
Sebenarnya
berlaku sedikit kesulitan di pihak saya, dimana saya terlupa password
untuk login ke blog sendiri. Keadaan ini telah berlarutan kesekian lama.
Baru-baru
ini saya cuba untuk membukanya semula dan akhirnya saya berjaya. Jadi,
mulai hari ini akan ada respon mahupun maklumat terkini mengenai
kehidupan saya dan rusa saya.
Sekali lagi saya mohon maaf dan bagi yang menyokong saya selama ini, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.
Sekian, terima kasih.
TABIAT DAN HABITAT RUSA
Antara tabiat biasa dan habitat rusa adalah seperti berikut :-
- Rusa gemarkan kawasan yang sunyi seperti kawasan habitat asalnya dalam hutan (semulajadi). Persekitaran kawasan ternakan dengan mengekalkan sifat rimbanya yang redup dan sunyi adalah amat penting untuk penternakan rusa ;
- Rusa lebih kerap berjalan di tepi-tepi pagar, iaitu dalam lingkungan 4 kaki dari tepi pagar. Keadaan ini menjadikan rusa jarang untuk berada di tengah-tengah padok atau kawasan pemagaran. Tabiat yang gemar berjalan dalam lingkungan ini menjadikan rumput mudah mati akibat sering dipijak oleh rusa ;
- Untuk mengekalkan kawasan ternakan seperti rimba asal, pokok-pokok besar dan renek juga seharusnya dikekalkan dan jangan ditebang. Hal ini kerana pokok-pokok ini mampu menjadi pelindung kepada rusa untuk berteduh dari hujan atau panas kerana rusa tidak perlukan kandang ;
- Pokok-pokok yang ingin ditanam untuk tujuan berteduh dan makanan haruslah dibalut terlebih dahulu sebelum benar-benar matang kerana tabiat rusa yang gemar mengigit kulit kayu dan mengesel tanduk pada batang pokok boleh menyebabkan pokok tersebut mati sebelum mencapai tahap matang ;
- Persekitaran seperti anak sungai, parit kecil atau kolam kecil adalah amat digalakkan untuk disediakan kerana rusa gemar berkubang dan berendam dalam air, maka kemudahan ini perlu disediakan ;
- Perhubungan antara manusia (penternak) dan rusa perlu dipupuk seperti menyediakan pondok kecil dalam kawasan ragutan rusa dan penyediaan tapak makanan rusa ditempat-tempat khas agar masalah liar rusa dapat dikurangkan.
08 April 2009
KESIHATAN DAN PENYAKIT RUSA
Walaupun rusa merupakan haiwan ternakan
yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi tehadap serangan penyakit,
namun rusa juga tetap mempunyai masalah kesihatan dan serangan
penyakitnya yang tersendiri. Antara penyakit yang sering menghantui
aktiviti penternakan rusa ialah :-
Serangan Kutu :
Rusa yang diternak secara bebas khususnya mudah dihinggapi kutu terutama apabila tiba musim hujan pada hujung dan awal tahun. Masalah ini dapat diatasi dengan menyembur ubat kutu (Asuntol) dengan selang masa sekali dalam tiga minggu.
Sakit Mata :Lebih kerap berlaku dalam kalangan anak-anak rusa. Antara puncanya ialah mata anak rusa mudah tercucuk rumput sehingga menyebabkan mata luka dan berair. Masalah ini dapat ditangani dengan rawatan awal melalui choramphenicol.
Luka-Luka :Sering berlaku terhadap mana-mana rusa tanpa mengira peringkat umur. Antara puncanya ialah rempuhan pada pagar, akibat objek tajam seperti sisa dawai duri, kaca, zink, paku, besi atau akibat masalah gigitan kutu. Untuk menghindari masalah ini, objek tajam perlu dikeluarkan dan dibersihkan dari tempat tinggal rusa dan penggunaan gusanex spray atau negusunt powder mampu untuk menangani atau merawat luka pada badan rusa.
Bisul :Bisul sering menyerang bahagian kaki, pangkal paha dan juga celah kuku rusa. Untuk mengetahui sama ada masalah ini menghantui kesihatan seharian rusa, pemerhatian diperlukan terutama apabila rusa berjalan.
Cacing :Masalah kecacingan rusa hanya dapat diketahui melalui ujian najis, dimana analisa terhadap najis rusa di makmal perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Untuk mengatasi masalah ini, rawatan ubat cacing menggunakan synantic perlu diberikan dengan selang masa sekali dalam tiga bulan.
Parasitic :Ectoperasite (kutu, tick dan lice), internal parasite dan longworm.
Bacterial :Salmonelosis, tuberculosis ceptospirosis, brucellosis, H. S. pasteurellosis, pneumonia, johnnes disease dan meliodiosis.
Viral :Malignant catarrhal fever, foot and mounth disease, dan bovire viral disease.
Proto Zoal :Babesiosis, toxoplasmosis dan anaplasmosis.
Serangan Kutu :
Rusa yang diternak secara bebas khususnya mudah dihinggapi kutu terutama apabila tiba musim hujan pada hujung dan awal tahun. Masalah ini dapat diatasi dengan menyembur ubat kutu (Asuntol) dengan selang masa sekali dalam tiga minggu.
Sakit Mata :Lebih kerap berlaku dalam kalangan anak-anak rusa. Antara puncanya ialah mata anak rusa mudah tercucuk rumput sehingga menyebabkan mata luka dan berair. Masalah ini dapat ditangani dengan rawatan awal melalui choramphenicol.
Luka-Luka :Sering berlaku terhadap mana-mana rusa tanpa mengira peringkat umur. Antara puncanya ialah rempuhan pada pagar, akibat objek tajam seperti sisa dawai duri, kaca, zink, paku, besi atau akibat masalah gigitan kutu. Untuk menghindari masalah ini, objek tajam perlu dikeluarkan dan dibersihkan dari tempat tinggal rusa dan penggunaan gusanex spray atau negusunt powder mampu untuk menangani atau merawat luka pada badan rusa.
Bisul :Bisul sering menyerang bahagian kaki, pangkal paha dan juga celah kuku rusa. Untuk mengetahui sama ada masalah ini menghantui kesihatan seharian rusa, pemerhatian diperlukan terutama apabila rusa berjalan.
Cacing :Masalah kecacingan rusa hanya dapat diketahui melalui ujian najis, dimana analisa terhadap najis rusa di makmal perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Untuk mengatasi masalah ini, rawatan ubat cacing menggunakan synantic perlu diberikan dengan selang masa sekali dalam tiga bulan.
Parasitic :Ectoperasite (kutu, tick dan lice), internal parasite dan longworm.
Bacterial :Salmonelosis, tuberculosis ceptospirosis, brucellosis, H. S. pasteurellosis, pneumonia, johnnes disease dan meliodiosis.
Viral :Malignant catarrhal fever, foot and mounth disease, dan bovire viral disease.
Proto Zoal :Babesiosis, toxoplasmosis dan anaplasmosis.
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN MENTERNAK RUSA
Antara faktor mengapa kita harus memilih rusa sebagai pilihan haiwan ternakan dari haiwan ternakan lain ialah :-
- Rusa mempunyai kadar melahirkan anak yang tinggi dalam setahun, iaitu antara 80% - 90% ;
- Anak rusa yang lahir mempunyai kadar risiko kematian yang rendah dalam setahun, iaitu antara 2% - 5% ;
- Rusa adalah haiwan ternakan yang tahan lasak dari cuaca semasa seperti hujan dan panas. Ketahanan ini sekali gus menjamin kepada pengurangan kos permulaan pelaksanaan projek penternakan rusa kerana rusa tidak memerlukan kandang seperti kambing atau lembu sebagai tempat berteduh. Namun begitu, rusa hanya perlukan pokok sebagai tempat berteduh dari panas mahupun hujan, khususnya pokok-pokok renek ;
- Rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan penyakit jika dibandingkan dengan ternakan lain seperti ayam, malah ketahanannya hampir memastikan bahawa rusa tidak perlukan suntikan tambahan untuk memastikan kesihatannya terjamin. Namun begitu, langkah berjaga-jaga masih perlu diambil agar masalah penyakit tidak mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran rusa ;
- Rusa juga merupakan haiwan ternakan yang tidak memilih rumput sebagai makanannya. Namun begitu, rumput seperti guinea grass (panicum maximum), green panic, brachiaria decumbens, brachiaria humidicola, napier dan guatemala adalah digalakkan untuk diberi makan kepada rusa. Selain itu, makanan tambahan seperti hampas soya, dedak, daun petai belalang, daun ubi, acacia, hibiscus, nangka, cempedak, lundai, ara, pisang, betik atau bijian palet yang dicampur dengan multi-vitamin juga boleh diberikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu ;
- Mengikut kajian semasa yang dilakukan oleh badan-badan pembangunan pertanian negara, rusa juga ialah haiwan ternakan yang lebih cekap menukarkan rumput kepada daging jika dibandingkan dengan ternakan kambing atau lembu ;
- Dressing percentage rusa juga hanya dalam linkungan 60% ;
- Daging rusa adalah daging yang mempunyai lemak dan kolestrol yang rendah serta amat enak dimakan dan sering mendapat tempahan dari hotel-hotel terkemuka dan restoran-restoran tempatan mahupun luar negara ;
- Selain itu, perusahaan penternakan rusa juga merupakan perusahaan yang cepat berkembang jika dibandingkan dengan perusahaan penternakan lain ekoran kelahiran anak rusa yang tinggi dan kematian yang rendah. Malah, penternakan rusa juga tidak memerlukan kawasan tanah yang terlalu luas seperti bebiri atau lembu kerana penggunaan keluasan penternakan rusa amat bergantung kepada cara penternakan rusa dilakukan, sama ada secara ladang (lepas bebas) atau secara potong dan bawa (cut and carry) ;
- Membantu membangunkan industri ketiga negara, iaitu industri pelancongan negara. Penglibatan aktiviti pelancongan dalam penternakan rusa secara tidak langsung sebenarnya suatu kaedah yang mudah dalam mempromosikan penternakan rusa dan sekali gus meningkatkan ekonomi sara diri para penternak dan memajukan ekonomi negara ; dan
- Penternakan rusa juga mampu menyahut cabaran kerajaan dalam memelihara dan memulihara kadar pertumbuhan rusa agar masalah kepupusan rusa dapat diatasi ekoran masalah pemburuan haram yang berleluasa.
07 April 2009
PRODUK BERASASKAN RUSA
Penternakan rusa mampu menghasilkan
pelbagai produk kepada pembangunan industri negara. Antara produk yang
mampu menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara dan golongan penternak
itu sendiri ialah seperti berikut :-
DAGING :
Digunakan
secara meluas sebagai makanan yang mempunyai protein yang tinggi
disamping mengandungi lemak dan kalori yang rendah. Daging rusa juga
mempunyai pasaran yang luas melalui permintaan yang tinggi dari
hotel-hotel terkemuka negara, restoran-restoran dan para pemborong
tempatan mahupun luar negara.
KULIT :
Digunakan
sebagai barangan perhiasan dan turut digunakan dalam pembuatan industri
barangan kulit yang tinggi mutunya seperti beg, kasut, baju dan
lain-lain produk.
ANTHER/VELVET (TANDUK) :
Digunakan
secara meluas dalam bidang perubatan, khususnya ubat tradisi cina dan
mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia dan Timur Tengah
seperti Jepun, China, Korea, Arab dan Malaysia sendiri. Kegunaan velvet
dalam perubatan juga terbukti secara saintifik dimana velvet
menggalakkan spermatogenesis dan pengeluaran testosterone, pengeluaran
sel darah merah (erothrocyte) dan hemoglobin, meningkatkan kekuatan dan
kecerdasan badan dan juga menggalakkan pertumbuhan berat badan (pig and
chicken). Tanduk rusa turut dijadikan sebagai barang perhiasan, terutama
dalam menghiasi dinding kediaman.
TULANG, PENIS, EMBRYO, TESTES :
Digunakan dalam campuran bahan-bahan lain sebagai ubat-ubatan.
GIGI :
Dieksport
keluar negara seperti Jerman untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan
yang dikenakan dengan berlian sebagai cincin, subang dan lain-lain.
LIGAMEN & TENDON :
Digunakan sebagai bahan perubatan untuk pasaran dalam dan pasaran luar negara seperti di negara jiran, terutama Thailand.
EKOR :
Digunakan sebagai barangan perubatan terutama untuk domestik pasaran dalam dan luar negara seperti Hong Kong.
06 April 2009
JENIS-JENIS RUSA



Dalam
aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa jenis rusa dan sub
spesisnya. Antaranya seperti rusa sika (Cervus nippon), sambar (Cervus
unicolor), red deer (Cervus elapus), Wapiti atau Elk, Fallow deer
(Dama-Dama), chital (Axs-Axis), dan rusa timor atau exotic (Cervus
timorensis). Namun begitu, terdapat tiga jenis rusa utama yang diternak,
khususnya di Malaysia. Antaranya ialah : -
Timorensis (Exotic) :
Merupakan
jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa ini
sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada
keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu,
tanduknya (velvet) yang berguna dalam perubatan masyarakat cina sering
mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengamal perubatan. Akibat
kurangnya penternakan rusa mengakibatkan kurangnya bekalan velvet
kepada aktiviti perubatan dan ini membawa kepada kenaikan harga velvet
dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi turut menjadikan
temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak, malah
kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain
seperti axis.
Sambar :
Sambar
merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan dengan
temorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun, sambar ialah
rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia. Untuk
menternak rusa jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara
kerana jenis ini jarang didapati dan kini masalah kepupusan menghantui
rusa jenis sambar.
Axis-Axis :
Axis-Axis
merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang terlalu
tinggi. Badan/bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama rusa
jenis ini dan faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis
axis-axis. Dianggarkan, harga seekor anak rusa jenis axis-axis mampu
mencecah RM3000.00 keatas dan harganya yang tinggi mempengaruhi
perkembangan penternakan rusa jenis axis-axis negara. Selain itu, jenis
axis-axis ialah rusa yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini memyebabkan
rusa jenis ini kurang bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim
khatulistiwa seperti Malaysia. Kadar kematian anak yang tinggi jika
dibandingkan dengan jenis timorensis juga membawa kepada masalah
kurangnya penerokaan aktiviti penternakan rusa jenis ini. Namun begitu,
zoo atau hotel-hotel terkemuka kerap menternak rusa jenis axis-axis
sebagai daya tarikan kepada pengunjung dan ini jelas mengambarkan bahawa
rusa jenis axis-axis lebih sesuai untuk diternak dengan tujuan
membangunkan aktiviti pelancongan negara dari aktiviti pengeluaran
produk rusa secara komersial.
PROSPEK MASA DEPAN PENTERNAKAN RUSA
Perkembangan dan tumpuan kerajaan
Malaysia dalam membangunkan bidang pertanian memberi peluang kepada
aktiviti pertanian dikembangkan hingga ke peringkat optimum. Hakikat ini
menyaksikan banyak pihak, terutamanya golongan petani memajukan
aktiviti pertanian mereka, antaranya aktiviti bercucuk tanam dan
penternakan.
Namun
begitu, bidang penternakan rusa negara masih kurang mendapat tempat di
hati para mengusaha penternakan jika dibandingkan dengan penternakan
lembu dan kambing. Kurangnya penglibatan penternak sebenarnya membawa
kepada kurangnya bekalan daging rusa atau produk berkaitan rusa. Keadaan
ini jelas mengambarkan bahawa bidang penternakan rusa sebenarnya
mempunyai nilai pasaran yang begitu luas untuk diterokai jika
dibandingkan dengan penternakan lembu mahupun kambing.
Selain
itu, penternakan rusa turut membantu seruan pihak kerajaan dalam
membantu mengatasi masalah kepupusan rusa yang kini mengancam
kewujudannya. Penternakan rusa juga turut membantu dalam membangunkan
industri ketiga negara, iaitu industri pelancongan, khususnya industri
pelancongan negara Malaysia.
Akhir
sekali, semoga sebarang maklumat dalam blog ini akan mampu membantu
memberikan maklumat yang berkaitan kepada mereka yang mula berjinak
dalam industri penternakan rusa sekali gus memajukan ekonami negara
kita, khususnya bidang pertanian negara.
No comments:
Post a Comment