Assalamulaikum...
Arnab (rabbit) atau kelinci (hare) merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi acip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.
Dalam bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal dari bahasa Arab, iaitu arnab[1] (أرنب). Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam bahasa Indonesia, dan berasal dari bahasa Belanda, yakni istilah konijntje yang bererti "anak arnab".[2] Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada zaman silam, padahal di Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972.[3] Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal dari perkataan lepus, iaitu arnab dalam bahasa Latin.
Tips Penjagaan Arnab Hiasan
Memilih sangkar
Arnab boleh dipelihara didalam rumah
dengan baik sekali. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas didalam rumah (
pastikan ia selamat untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan
tandas. Walaupun arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak
bebas didalam rumah, sangkar masih dianggap sebagai sarang atau tempat
selamat baginya dimana ia boleh berasa selesa dan selamat.
Terdapat berbagai jenis dan saiz
sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, dan kebanyakannya
berlantai jaring , yang mana mudah dibersihkan pastikan ia cukup selesa
untuk arnab. Mudah dan cantik bagi anda bukan bermakna selesa bagi
arnab.
Saiz dan ukuran lebih besar adalah
lebih baik. Sekiranya arnab anda kebanyakan masanya di dalam sangkar,
dapatkan sangkar yang cukup besar dan praktikal dirumah. Sebagai
panduan saiz sangkar sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada size
arnab. Contohnya 24” x 36” untuk arnab seberat kurang dari 8lbs atau 30”
x 36” untuk arnab yang lebih besar.
Arnab mudah untuk di “litter trained”,
jadi lantai solid tidak menjadi masalah dan mudah untuk dibersihkan.
Kebanyakan sangkar dipasaran mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai
bagi tujuan mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang
selesa kepada arnab dan boleh menyebabkan masalah seperti “sores hocks”.
Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini, pastikan anda meletakan
sekeping papan atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk
mewujudkan lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa
pembuangan jatuh terus ke bawah .. dicadangkan agar diletakan jaring
plastic bersaiz ½”x½“ atau plastic anti gelincir yang sering digunakan
di bilik mandi sebagai lantai sangkar.
Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan
lebar bagi memudahkan anda membersihkan dan juga arnab keluar masuk
sangkar. Sebaiknya elakan membeli sangkar yang mengunakan pintu dari
atas sangkar. Pintu di sisi adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada
besi, wayar atau dawai tajam didalam, lantai , dinding dan pintu
sangkar.Sangkar hendaklah selesa, boleh memuatkan ‘Toilet tray’dan juga
bekas makanan dan minuman,sertakan juga bahan mainan agar arnab tidak
bosan.
Seandainya anda seorang yang kreatif dan pandai bertukang. Anda boleh membina sendiri sangkar arnab anda.
No comments:
Post a Comment