LATA BAYU
penyaksinan ubat
Tiga beradik sah dijangkii virus kencing tikus
Sungai Petani: Tiga daripada lima beradik yang dimasukkan ke
Hospital Sultan Abdul Halim Shah (HSAH), di sini, sejak Sabtu lalu,
disahkan dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Ismail Abu Taat berkata, keputusan sampel darah yang diketahui, kelmarin mengesahkan bahawa ketiga-tiga beradik itu positif leptospirosis.
Bagaimanapun, katanya, keputusan sampel darah bagi dua lagi ahli keluarga mereka belum dapat disahkan sehingga kini dan masih dalam perhatian serta dirawat di hospital berkenaan.
“Kami menghantar sampel darah itu kepada makmal perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sejak Sabtu lalu dan keputusan yang diperoleh, kelmarin mengesahkan ketiga-tiga mereka terkena jangkitan leptospirosis.
“Namun, dua lagi ahli keluarga itu belum dapat dipastikan tetapi mereka tetap diberi rawatan sebagai pesakit yang disyaki menghidap leptospirosis,” katanya di sini, semalam.
Sabtu lalu, enam adik-beradik dari Kampung Raja Pekan Lama, di sini, dimasukkan ke HSAH, selepas menghidapi simptom kencing tikus iaitu demam berpanjangan, cirit-birit, sakit kepala dan sakit sendi.
Mereka dilaporkan menghidapi simptom itu selepas berkelah di Air Terjun Lata Bayu, Baling pada 4 Mei lalu.
Bagaimanapun, salah seorang ahli keluarga mereka, Abu Hanifah Redzuan, 23, meninggal dunia pada Sabtu lalu, manakala seorang lagi, Nurudin Redzuan, 24, yang dimasukkan ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang mengalami batuk berdarah.
Pada masa sama, Dr Ismail berkata, beliau sudah mengarahkan Pegawai Kesihatan Daerah Baling untuk berbincang bersama Majlis Daerah Baling (MDB), bagi menutup pusat rekreasi itu, sekali gus bagi membolehkan kerja pembersihan dilakukan.
Sementara itu, tinjauan Harian keadaan kelima-lima ahli keluarga itu stabil dan masih mendapatkan rawatan bagi virus berkenaan.
Pesakit, Firdaus Redzuan, 20, berkata, simptom virus leptospirosis yang dihidapi sejak seminggu lalu mulai pulih.
“Saya sudah tidak sakit kepala dan demam juga mulai reda. Begitu juga dengan kakak, Siti Zubaidah dan adik, Mohd Khidir turut mula menunjukkan perkembangan positif,” katanya.

No comments:
Post a Comment